top

Universities, Institutions, Colleges and Schools Awarding Veterinary Degrees

Contact

Kampus Kota, Karung Berkunci 36,

16100 Kota Bharu, Kelantan. Malaysia

Website

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR-UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN,

PENGENALAN

Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) merupakan Fakulti keempat (Ke-4) yang ditubuhkan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Penubuhan Fakulti ini adalah selari dengan Rancangan Malaysia kesembilan (ke-9) dan Dasar Pertanian Negara ke 2 dan 3 (DPN2: 1992 - 2010) yang memberi fokus kepada penjagaan kesihatan haiwan dan pembangunan industri penternakan dengan tujuan untuk mengeksploitasikan bidang pertanian dalam menjanakan ekonomi negara. Ini adalah selari dengan dasar Bioteknologi Negara berasaskan kepada sembilan (9) teras yang kesemuanya dikaitkan dengan penjanaan industri dan pengkomersialan produk berasaskan pertanian serta peningkatan dalam penghasilan bahan makanan.

Haiwan merupakan makhluk yang tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan manusia. Kelangsungan kehidupan manusia bergantung kepada kejayaan kehidupan haiwan. Oleh yang demikian adalah menjadi tanggungjawab manusia untuk memastikan wujud keseimbangan dalam kehidupan antara manusia dan haiwan. Salah satu bidang yang penting dalam bidang perubatan veterinar ini adalah dalam penjagaan kesihatan haiwan dan penyelidikan perubatan. Pelbagai kajian telah dijalankan yang membawa kepada penemuan yang telah memberi manfaat kepada manusia dan yang paling penting penemuan ini telah ditemui melalui penyelidikan yang melibatkan perubatan veterinar.

Tugas seorang doktor perubatan veterinar bukan hanya terhad kepada penjagaan kesihatan haiwan tetapi mereka juga mempunyai peranan dalam penjagaan kesihatan awam dan dasar keselamatan makanan negara. Tugas-tugas ini berkait rapat dengan kesihatan manusia.

Memandangkan kepelbagaian peranan dan kepentingan profesion perubatan veterinar ini, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah mengambil langkah strategik untuk menawarkan program Perubatan Veterinar bermula Sesi Akademik 2009/2010. Langkah ini amat bertepatan dengan peranan UMK sebagai hub bagi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) khususnya dalam industri pendidikan. Penubuhan program ini juga selaras dan amat releven dengan pembangunan program ECER dalam sektor penternakan khususnya dalam usaha meningkatkan produktiviti bidang ternakan terutamanya bidang pengeluaran daging lembu, kambing, ayam dan itik berpandukan teknologi.